Monday, February 18, 2013

Bahaya Fitnah hawa nafsu

Penting ini Wahai Saudara dqn SaudariQ..

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan
solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta
mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas
r.a)
Daripada Anas,Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila
seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan),
menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui
mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji
atau umrah bagi yang cukup syaratnya.
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad
adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?”
Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah
mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."
Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan
haji” (an-Nasa’i)”



Pernah Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya
ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku
suruh isteri sujud kepada suaminya.”
Namun perempuan lebih ramai di neraka
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam telah bersabda:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon
ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah,kenapa
kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”Rasulullah Shallahu 'alaihi
wassalam bersabda:“Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.
Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik
akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama
itu? “Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah
penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.
Inilah yang dikatakan kekurangan akal.Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang
pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana
haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Dari Imran bin Husain dia berkata,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang
bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam
Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan
aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah
wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang
tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR
Nasa’i)
Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :“Wanita yang meminta cerai pada suaminya
tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat
Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita
penghuni Neraka,baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan
berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti
bunggul unta.
Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya
boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan
Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam. dan para
sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang,
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat
Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka
tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah kaum wanita.
Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda Rasulullah
Shallahu 'alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi :
“Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap
suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang
panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan
berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat
Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa
kepada Allah SWT. dan anjuran untuk mentaati-Nya.
Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan
mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu
semua.
Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang
wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua
pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab :
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al-
(Bukhari)
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda: Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan
banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan
yang banyak sekali di antara ahli neraka.. (Hadis riwayat Bukhari Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment